Bahasa Melayu
SELAMAT MELAYARI KE LAMAN WEB melaka homestay concept                                                                                                             WELCOME TO melaka homestay concept WEBSITE

                    Home
Lokasi
Fasiliti
Perkhidmatan
Tempahan
Pertanyaan
Galeri  English Bahasa Melayu

Tourism Malaysia

                                    

Mengenal Melaka Tempat-tempat Menarik Membeli-belah Eye On Malaysia

 

HOMESTAY, RUMAH TAMU, PENGINAPAN YANG LENGKAP DENGAN HARGA YANG BERPATUTAN DI MELAKA, MALAYSIA!

melaka homestay concept adalah sebuah rumah bungalow yang terletak dalam kawasan pembangunan pelancongan Ayer Keroh, Melaka seperti Zoo Melaka, Taman Buaya, Taman Lebah Sedunia, Taman Mini Malaysia, Taman Mini Asean, Taman Rama-Rama, Dataran Merdeka, dan Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC). Jaraknya ke kawasan pelancongan Ayer Keroh adalah kira-kira 2 kilometer dan ke bandar Melaka lebih kurang 10 kilometer. Keluarga golfer? Jangan bimbang, jarak melaka homestay concept dengan Ayer Keroh Golf & Country Club dan Tiara Golf Club sekitar 2 kilometer sahaja.

 

Kedudukan rumah ini adalah di atas kawasan bukit dan memiliki pemandangan yang cukup indah terutamanya pada waktu malam hari. melaka homestay concept menawarkan tempat penginapan yang lengkap dan amat selesa. melaka homestay concept memiliki 3 bilik tidur dan 2 tandas. Antara kemudahan yang disediakan ialah bilik tidur dilengkapi dengan air-cond, water heater, peti sejuk, cerek elektrik, televisyen, tuala mandi, sistem penggera keselamatan dan sebagainya. Pendek kata, apa yang ada di dalam bilik hotel maka ia juga ditawarkan oleh melaka homestay concept! Selain itu, halamannya amat luas dan sesuai untuk aktiviti BBQ. Sarapan pagi disediakan secara layan diri dan PERCUMA!

 

ISTIMEWA DI melaka homestay concept

 

Selepas puas melawat tempat-tempat bersejarah dan menarik di sekitar Melaka, penuhkan waktu malam anda bersama-sama ahli keluarga bersantai dan menikmati masakan tradisional Melaka di melaka homestay concept. Menu istimewa masakan tradisional Melaka dengan harga yang berpatutan adalah seperti berikut:-

i.          Asam pedas Melaka (tulang lembu, ikan parang, ikan pari, ikan sembilang)

ii.          Kari kampung Melaka (itik nila, ayam, ayam kampung)

iii.         Rendang (lembu, ayam, ayam kampung, itik nila)

iv.         Kuah Pindang (ikan parang, ikan selar, bilis basah)

v.         Pais (ikan, udang, bilis basah)

vi.         Ikan cencaru bakar berkicap pedas

vii.        Cencaluk Melaka

viii.       Aneka sayur-sayuran

 

Selain itu, melaka homestay concept juga menyediakan bahan-bahan BBQ seperti pelbagai ikan, ketam, sotong, udang, dan kerang. Alatan BBQ dan gazebo disediakan secara percuma.

Kami juga menawarkan khidmat tourist guide untuk memudahkan lawatan anda sekeluarga ke tempat-tempat yang menarik di Negeri Hang Tuah ini.

Misi kami ialah menyediakan penginapan homestay yang serba lengkap dan  amat selesa.

                   

                     

          

      J

 

 

 

 

 

Jamuan keluarga yang menjadikan hubungan lebih intim dan mesra keluarga anda

 

                    

                             

                 

 

 

 

 

 

 Halaman yang luas untuk keluarga anda bergembira dan bersantai

                                                                                                                 MALAYSIA / General Information I
                                                                           I
Johor
I Kedah I Kelantan I Kuala Lumpur I Labuan I Melaka I Negeri Sembilan I
                                                                             
I Pahang I Penang I Perak I Perlis I Sabah I Sarawak I Selangor I Terengganu I

                                                                                                    [ M A L A Y S I A ]